N** N****** B**** M****'s avatar'
N** N****** B**** M****1 minggu yang lepasMauTanya

Bolehkah saya bertanya berkaitan jawatan yang pihak syarikat tawarkan?

Hello admin, saya mahu bertanya adakah salah sekiranya saya bertanya apa jawatan yang akan diberikan kepada saya? Semasa interview, HR telah menyatakan mereka mempunyai 2 jenis jawatan kosong (tanpa menyebut nama jawatan tersebut). Sebelum ini, saya hanya menghantar permohonan untuk sebarang jenis jawatan kosong. Justeru, saya memang tidak maklum apa jawatan yang ditawarkan. Jadi untuk soalan HR tadi saya hanya menjawab " Saya terbuka untuk sebarang jawatan yang dirasakan bersesuaian dengan saya, tapi bolehkah saya tahu apakh 2 jenis jwtn yg pihak tuan tawarkan?" Kemudian HR tersebut terus tamatkan sesi interview. Jadi saya ingin bertanya admin2 di sini, semasa di temuduga adakah saya tidak boleh bertanya apa jwtn yang pihak syarikat tawarkan?

0
Nurul Fadilah's avatar'
Nurul Fadilah1 minggu yang lepas
Terdapat situasi di mana HR mungkin tidak memberitahu nama jawatan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan tentang calon yang sesuai. Ini adalah untuk mengelakkan keputusan calon dipengaruhi oleh nama jawatan itu sendiri. Oleh itu, tidak salah untuk bertanya mengenai jenis jawatan yang ada, tetapi mungkin HR tidak mahu memberi maklumat terperinci mengenai jawatan tersebut pada peringkat awal temuduga. Bagaimanapun, anda masih boleh mengetahui maklumat lanjut setelah menerima tawaran kerja. Jadi, tidak salah untuk bertanya tetapi perlu diambil kira situasi dan perasaan HR semasa temuduga.
0