Bolehkah saya bertanya berkaitan jawatan yang pihak syarikat tawarkan?
Hello admin, saya mahu bertanya adakah salah sekiranya saya bertanya apa jawatan yang akan diberikan kepada saya? Semasa interview, HR telah menyatakan mereka mempunyai 2 jenis jawatan kosong (tanpa menyebut nama jawatan tersebut). Sebelum ini, saya hanya menghantar permohonan untuk sebarang jenis jawatan kosong. Justeru, saya memang tidak maklum apa jawatan yang ditawarkan. Jadi untuk soalan HR tadi saya hanya menjawab " Saya terbuka untuk sebarang jawatan yang dirasakan bersesuaian dengan saya, tapi bolehkah saya tahu apakh 2 jenis jwtn yg pihak tuan tawarkan?" Kemudian HR tersebut terus tamatkan sesi interview. Jadi saya ingin bertanya admin2 di sini, semasa di temuduga adakah saya tidak boleh bertanya apa jwtn yang pihak syarikat tawarkan?