M******* M*******'s avatar'
M******* M*******3 bulan yang lepasTermination Rules

Hi, syarikat kecil dan mempunyai seorang pekerja berbayar, tetapi tiada offer letter diberikan.

Saya merupakan pembantu di mana syarikat kecil ini ditubuhkan bersama ahli keluarga. Kami mempunyai seorang pekerja yang dibayar, ditemui dari kenalan juga. Atas sebab kesempitan kewangan, pekerja tersebut terpaksa dilepaskan selepas sebulan. Pekerja telah bersama kami selama 11bulan kemudian berhenti dan meminta untuk diambil semula, bersambung 2 bulan. Silap kami adalah kami tidak menandatangani kontrak, selain dari verbal kontrak, dan tidak mempunyai offer letter. Tetapi segala upah, potongan kami membayar dengan betul. Malangnya, pekerja tersebut terpaksa dilepaskan, dan walaupun tidak bekerja 12 bulan berturut, kami pastikan supaya beliau dibayar faedah penamatan kerja yang mencukupi, bayaran baki cuti berbayar, notis pemberhentian beserta alasan yang benar. Tetapi pekerja telah meminta offer letter di mana tiada. Adakah syarikat akan dilanda masalah jika tidak dapat diberi. Ya, saya sedar ini adalah pengajaran buat kami yang tidak mempunyai ilmu HR yang kukuh. Dokumen yang akan diberi adalah slip gaji dan notis pemberhentian kerja. Mohon maaf saya sudah tidak tahu utk bertanya di mana lagi.
0
Zara Nadiah's avatar'
Zara Nadiah3 bulan yang lepas
Syarikat mungkin menghadapi masalah dari segi undang-undang jika tidak menyediakan offer letter kepada pekerjanya. Offer letter adalah dokumen rasmi yang mengandungi butiran penting seperti gaji, tanggungjawab pekerja, syarat-syarat perjanjian pekerjaan dan lain-lain. Dokumen ini melindungi hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak dalam perjanjian pekerjaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, syarikat disarankan untuk menyediakan offer letter kepada pekerjanya serta memastikan bahawa semua aspek perjanjian kerja diatur dengan jelas dalam dokumen bertulis yang sah.
0