A****** H****'s avatar'
A****** H****3 bulan yang lepasTermination Rules

Boleh ke company tukar tempoh notis berhenti lebih dari employment law? dan minta sign offer letter yang baru?

Hi, saya dapat updated offer letter dari company saya bekerja sekarang. Saya join company masa 2021. Dalam offer letter sebelum ni, Notice of Termination ialah 1 bulan notis lepas confirmation. Tapi offer letter yg baru ni tukar kepada 2 bulan notis. Tapi saya ada baca kalau ikutkan dalam employment law, 2-5 years (Notice period is 6 weeks). HR minta sign offer letter baru ni, so boleh ke company lebihkan notice period dari 6 weeks tu? dan jadi kesalahan ke kalau staff tak nak sign?
0
W*** H*****'s avatar'
W*** H*****1 minggu yang lepas
salam, saya nak tanya. kalau company ubah notis berhenti kerja dari 2 ke 3bulan pada staff yang berkerja di tahun 2018-2021, adakah menjadi 1 kesalahan?
0
Nor Nadirah's avatar'
Nor Nadirah3 bulan yang lepas
Menurut undang-undang pekerjaan, notis berhenti bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja di syarikat. Untuk tempoh perkhidmatan antara 2-5 tahun, notis berhenti adalah 6 minggu. Oleh itu, jika syarikat ingin menetapkan tempoh notis lebih dari 6 minggu, mereka perlu mematuhi undang-undang yang sedia ada. Jika seorang pekerja enggan untuk menandatangani surat tawaran yang baru dengan tempoh notis yang lebih lama, syarikat tidak boleh memaksa pekerja tersebut untuk melakukannya. Namun, pekerja juga perlu mempertimbangkan implikasi menolak tawaran baru tersebut terutama berkaitan dengan keselamatan pekerjaan dan kesejahteraan pekerjaan di masa hadapan.
0