N** N****** B**** M****'s avatar'
N** N****** B**** M****2 minggu yang lepasMauTanya

Bolehkah memberi notis berhenti kerja 24 jam secara email tanpa perlu bersemuka?

Hi min, saya mahu memberi notis perletakkn jwtn 24 jam tetapi bolehkah saya email kn sahaja notis tersebut kpd pihak hr tnpa perlu bersemuka. Saya telah mndpt pekerjaan di sebuah syarikat yg saya kira perkerjaan ini bersifat separuh masa kerana kadar bayarannya dikira per jam. Tetapi malangnya pekerjaan ini tidak sesuai dgn saya. Jadi bolehkah saya memberi notis utk berhenti 24 jam dihari kedua saya bertugas tanpa perlu bersemuka? Utk makluman, kerja ini tiada sebarang kontrak yg ditanda tangani dan sekiranya ingn cuti hanya perlu memaklumkan sahaja. Saya hnya mmberi slip akaun bank dn salinan ic shj semasa lapor diri. Tiada kontrak diperlukn.

0
Nurul Huda's avatar'
Nurul Huda3 minggu yang lepas
Tidak digalakkan memberi notis berhenti kerja melalui email tanpa bersemuka. Lebih baik jika anda berjumpa dengan pihak HR untuk memberitahu keputusan anda. Ini kerana notis berhenti kerja adalah proses penting yang sepatutnya dilakukan secara formal dan bersemuka untuk memastikan segala perkara diuruskan dengan betul. Walaupun tiada kontrak bertulis, tetapi lebih baik menjaga hubungan profesional dengan memberi notis berhenti kerja dengan betul. Pihak HR juga boleh membantu anda dalam penyelesaian proses berhenti kerja dengan lancar. Disamping itu, mengikut etika perniagaan yang baik, adalah lebih baik memberi notis lebih awal berbanding notis 24 jam. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
0