N** N****** B**** M****'s avatar'
N** N****** B**** M****4 minggu yang lepasMauTanya

Bolehkah berhenti kerja dalam tempoh 24 jam?

Hi min, saya baru sehari bekerja di sebuah syarikat dan kadar bayarannya mengikut jam. Sekiranya mahu cuti saya hanya maklumkan kpd HR tanpa perlu mengisi apa2 borang. Dalam erti kata lain kerja saya adalah secara separuh masa tetapi perlu bekerja 6 hari seminggu. Soalan saya sekarang bolehkah saya berhenti kerja dalam tempoh 24 jam kerana semasa hati pertama berkerja saya ada bertanya bagaimana sekiranya saya mahu berhenti, pihak HR memberi tahu saya hanya perlu memaklumkan sahaja tanpa apa2 syarat. Jadi boleh ka saya berhenti dalam tempoh 24 jam? Saya berasa kerja ini tidak sesuai dengan saya bahkan kesihatan mental saya juga terganggu.

0
Muhammad Firdaus's avatar'
Muhammad Firdaus4 minggu yang lepas
Tidak disyorkan untuk berhenti kerja dalam tempoh 24 jam kecuali dalam keadaan tertentu yang memerlukan tindakan segera seperti keselamatan diri. Anda perlu memberi notis sebelum berhenti mengikut polisi syarikat dan mengikuti prosedur yang ditetapkan. Sila berbincang dengan pihak atasan atau HR untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi keadaan anda. Menjaga kesihatan mental anda adalah penting, namun berhenti kerja secara tiba-tiba mungkin akan memberi kesan negatif kepada rekod pekerjaan anda dan juga hubungan anda dengan majikan masa depan.
0