Kembali
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) banner company

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Company SSM No - · >500 Employees · Banking / Finance

Tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Hari ini, kami terus menyempurnakan lagi visi kami bukan saja untuk kekal relevan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Ia menguatkan lagi komitmen kami untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi kami dalam memberi perkhidmatan cemerlang. Selari dengan visi utama kami iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, kami meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

KWSP Visi
Membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik

KWSP Misi
Melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik KWSP komited membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik melalui penambahbaikan berterusan bagi melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

KWSP terkenal secara global sebagai tempat terbaik untuk bekerja

  • M100 Awards 2023 2nd Runner Up (GLIC Category)
  • Graduan Brand Awards 2023  2nd Runner Up (Government Sector Category)
  • Graduan Brand Awards 2022  1st Runner Up (Government Sector Category)
  • Graduate Choice of Employer Awards 2022 1st Runner Up (GLC Category)
  • LinkedIn Talent Awards - Best Talent Acquisition Team (Champion)

Mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

KWSP percaya bahawa kunci untuk menggalakkan budaya berinovasi dan mengutamakan pelanggan adalah penerimaan konsep kepelbagaian dalam organisasi - namun ini hanyalah permulaan. Sertai KWSP dalam usaha untuk mengembangkan organisasi ini, meningkatkan usahasama dan memacu KWSP ke arah organisasi dana persaraan terbesar di dunia. Jika aspirasi ini selari dengan impian anda, mungkin anda juga adalah salah seorang  calon terbaik untuk berkhidmat dengan KWSP.
Cari Kerja di KWSP? Mohon Sekarang!

Ingin membina kerjaya anda? Sertailah salah sebuah tabung persaraan terbesar di dunia. KWSP sentiasa berusaha membangunkan pasukan yang kukuh, terdiri daripada mereka yang  didorong sifat ingin tahu dan kreatif, yang menginginkan kerjaya bermatlamat dan bermakna di samping sentiasa  menyokong antara satu sama lain. KWSP menawarkan persekitaran pekerjaan yang bukan sahaja kondusif malah mencabar minda agar anggotanya dapat mencapai potensi mereka yang sebenar. 

Album Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Lihat lagi
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.1
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.2
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.3
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.4
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.5
Album of Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - image no.6

Maklumat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Nama Syarikat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Jenis Syarikat

Government

Saiz Syarikat

>500

Industri

Banking / Finance

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, WP Kuala Lumpur, Malaysia