A*'s avatar'
A*2 bulan yang lepasTermination Rules

Perberhentian Kerja Tanpa Sebab Munasabah - Gaji >RM4K (MC sewaktu masih dalam tempoh percubaan)

Hi Tuan/ Puan, Boleh ke mana-mana majikan memberhentikan pekerjanya yang masih lagi dalam tempoh percubaan (baru 09 hari bekerja) dengan hanya menyatakan keputusannya melalui telefon? Majikan juga menyatakan hanya akan membayar gaji setakat hari semalam tanpa mengambilkira MC yg diperolehi oleh pekerja tersebut pada hari semasa. Sebagai makluman, di dalam kontrak yang ditandatangani jelas dinyatakan bahawa mana-mana pihak yang berhenti atau diberhentikan sewaktu di dalam tempoh percubaan hendaklah memberikan 02 bulan notis atau bersamaan dengan 02 bulan gaji. Bolehkah saya mengadukan hal ini kepada JTK atau JPP? Mohon nasihat berkaitan daripada semua. Terima kasih.
0
Sakinah Azura's avatar'
Sakinah Azura2 bulan yang lepas
Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja tanpa sebab munasabah, terutama jika berlaku dalam tempoh percubaan. Jika kontrak menyatakan syarat notis dua bulan atau gaji dua bulan untuk berhenti sewaktu tempoh percubaan, maka majikan perlu mematuhi syarat tersebut. Jika majikan melanggar perjanjian kontrak, pekerja boleh mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan isu tersebut. Disarankan untuk mengumpulkan bukti berkaitan dengan notis keputusan pemberhentian kerja melalui telefon dan MC yang diberikan. JTK boleh membantu menyelesaikan isu ini dan menjamin hak pekerja dilindungi.
1