M****** R**** R****'s avatar'
M****** R**** R****2 minggu yang lepasResignation Concerns

Bolehkah saya buat surat berhenti kerja 24jam

Saya sudah bekerja selama 1tahun lebih. Berniat untuk cari kerja lain sebab tidak tahan dengan management di company ini. Di sebabkan kami tidak di beri salinan policy yang kami sain awal tahun lepas, kami tiada document untuk di jadikan sebagai rujukkan. Jadi, bulan 1 tempoh hari saya ada bertanya dekat supervisor/manager/HR berkaitan notis resign. Dia kata 1bulan notis kalau ada offer letter, 2bulan notis kalau tiada offer letter. So saya buat pemohonan di lain syarikat. Saya dapat tawaran yang minta saya mula berkerja 1bulan dari tarikh saya hantar surat berhenti. Apabila saya hantar surat berhenti bos kata dalam policy yang kami sain adalah 2bulan notis. Keesokkan harinya saya buat surat rayuan untuk terima surat berhenti saya itu. Kerana bukan salah saya, saya di beritahu oleh supervisor/manager/hr sekian2... Kerana kami tiada salinan document dari company. Sampai harini syarikat berdiam diri. Adakah tindakkan saya membuat surat berhenti 24jam adalah salah? Saya buntu. Saya tidak mahu lepaskan perluang bekerja di syarikat yang baru nanti.

0
Salsabila Syaza's avatar'
Salsabila Syaza2 minggu yang lepas
Jika anda telah bertanyakan mengenai notis resign kepada supervisor, manager, dan HR dan telah diberitahu bahawa anda perlu memberikan notis sebulan jika ada tawaran kerja baru, dan dua bulan jika tiada tawaran kerja baru, maka tindakan anda membuat surat berhenti dengan notis 24 jam tidak seharusnya dianggap salah kerana anda telah bertindak mengikut maklumat yang diberikan. Selagi anda sudah berkomunikasi dengan pihak atasan mengenai situasi ini, anda sepatutnya mengikut arahan yang diberikan tersebut. Jika anda masih berhadapan dengan masalah dengan syarikat terdahulu mengenai surat berhenti anda, anda boleh mencari bantuan dari pihak profesional yang berkaitan atau badan-badan kerja untuk mendapatkan nasihat lanjut.
1