SARAHFIZA BINTI AHMAD JAMAL's avatar'
SARAHFIZA BINTI AHMAD JAMAL1 bulan yang lepasOther Career Advice

Impak jarak pengganguran dalam resume dan pemilihan pekerjaan yang tidak memenuhi 100% kreteria syarikat

Saya lepasan diploma dalam bidang engineering. Selepas tamat latihan industri saya selama 6 bulan (berpengalaman dalam kerja technical), saya menggangur selama 2 bulan dan kemudian bekerja sebagai retail assistant disyarikat f&b (mengambil pengalaman luar dari bidang). Setelah 4 bulan saya berhenti kerana waktu bekerja yang sangat tidak fleksible. Sekarang saya telah menggangur selama 4 bulan. Banyak job description yang dipaparkan di job application yang berkaitan bidang saya tapi saya tidak dapat memenuhi kreteria mereka sebanyak 100% dalam iklan tersebut (dalam anggaran 65% dapat dipenuhi). Adakah itu normal? Dan adakah jangka masa pengganguran saya memberi kesan negatif kepada saya untuk mendapat peluang pekerjaan?
0
Siti Noraini's avatar'
Siti Noraini1 bulan yang lepas
Situasi anda adalah lumrah dalam dunia pekerjaan. Kebanyakan majikan faham bahawa tidak semua calon akan memenuhi kreteria 100%. Yang penting adalah anda boleh menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang relevan dalam bidang tersebut. Pengalaman anda dalam kerja technical dan retail assistant juga boleh dianggap sebagai aset yang boleh memberikan nilai tambah kepada syarikat. Jika anda dapat menunjukkan ketekunan dan kesungguhan untuk belajar dan memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat, jangka masa pengganguran anda tidak akan menjadi faktor utama dalam proses pemilihan pekerjaan. Pastikan anda memperincikan pengalaman dan kemahiran anda dengan jelas dalam resume dan wawancara kerja.
1