N**** S****** B**** R*****'s avatar'
N**** S****** B**** R*****1 minggu yang lepasMauTanya

Majikan baru minta payslip tp majikan lama tidak berikan payslip

Baru-baru ini saya ada mendapat satu offer letter dari bank. Bank tersebut meminta saya untuk sertakan payslip syarikat lama saya semasa hari lapor diri pada tarikh yang ditetapkan tetapi di syarikat f&b saya bekerja tahun lepas tidak pernah memberikan payslip selama saya bekerja di sana. Saya akui itu kesilapan saya sebagai freshgraduate kerana tidak mengambil cakna berkenaan payslip sebelum ini dimana saya tidak pernah mintak slip gaji saya dengan mana-mana manager di sana selama bekerja. Apa yang perlu saya lakukan kerana saya tidak mempunyai contact HR di tempat kerja sebelumnya juga untuk saya.

0
Norazizah Hana's avatar'
Norazizah Hana1 minggu yang lepas
Anda boleh cuba menghubungi majikan lama untuk meminta salinan payslip anda. Sekiranya tidak berjaya, anda boleh memberitahu bank bahawa majikan lama tidak memberikan payslip dan cuba memberikan bukti lain mengenai pendapatan anda seperti surat kerja atau slip bank. Sekiranya bank masih memerlukan payslip, anda boleh meminta nasihat daripada HR mereka mengenai langkah yang perlu diambil selanjutnya.
0