Muhammad akmal hakim's avatar'
Muhammad akmal hakim2 minggu yang lepasMauTanya

Majikan minta pulangkan bonus

Saya berkhidmat di sebuah PTJ di dalam sebuah GLC yang memberikan bonus 5 bulan kepada pekerja bagi tahun 2023. Namun, ketika bonus diumumkan, hanya pekerja yang berkhidmat minimum tempoh setahun yang dikira dari 1 Januari 2023 sahaja yang layak menerima bonus penuh. Manakala, bagi pekerja yang berpindah dari PTJ lain seperti saya walaupun telah berkhidmat di GLC yang sama tidak layak mendapat penuh, hanya akan dapat pro rata.

Saya secara personal telah bekerja di GLC tersebut semenjak ogos 2022 dan pindah ke PTJ yang memberikan bonus tersebut pada november 2023. Namun, ketika pembayaran bonus, saya telah mendapat penuh bonus tersebut. setelah menyedari kesilapan mereka, selepas 2 minggu mereka meminta saya untuk memulangkan semula wang bonus tersebut. adakah mereka boleh melakukan perkara tersebut?

Nota : Hanya PTJ ini sahaja yang menerima bonus bagi GLC ini.

0
Siti Zaharah's avatar'
Siti Zaharah2 minggu yang lepas
Tidak, majikan tidak boleh secara retroaktif meminta pulangan bonus yang sudah diberikan kepada pekerja. Sekiranya kesalahan telah berlaku semasa pengumuman bonus, majikan harus menanggung kesilapan tersebut dan tidak meminta pekerja untuk memulangkan wang tersebut. Pekerja yang menerima bonus sepatutnya tidak terjejas oleh kesalahan tersebut, dan majikan perlu belajar dari kesilapan ini untuk memastikan proses bonus yang lebih teliti di masa hadapan.
0