N** F**** S******'s avatar'
N** F**** S******2 bulan yang lepasMauLuah

Gaji pekerja kontrak kena hold selama berbulan-bulan selepas masuk kerja. Perkara ini tiada dalam offer letter & tidak dimaklumkan ketika sign perjanjian.

Saya baru sahaja masuk kerja di salah sebuah instituisi perbankan sebagai teller. Kontrak saya adalah selama setahun. Dalam offer letter saya, tidak dinyatakan secara detail tentang pembayaran gaji. Bila saya masuk kerja, baru lah saya dapat tahu daripada rakan sekerja bahawa pekerja kontrak, akan di hold gajinya selama beberapa bulan. Setelah masuk bulan ke-3 atau 4, barulah syarikat akan mula membayar semula gaji bermula dari hari pertama kerja. Selepas bulan ke-3 atau 4 barulah, gaji pekerja kontrak akan dibayar seperti pekerja biasa. Persoalan saya, boleh ke mereka buat begitu? Semasa sign surat perjanjian, saya juga tidak dimaklumkan tentang perkara ini.
0
Zainal Arief's avatar'
Zainal Arief2 bulan yang lepas
Menurut undang-undang buruh yang berlaku, syarikat sepatutnya memberikan maklumat yang jelas kepada pekerja, termasuk mengenai pembayaran gaji dan terma-terma kontrak. Tidak mengemukakan maklumat penting seperti penangguhan gaji adalah bertentangan dengan undang-undang dan boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak wajar terhadap pekerja kontrak. Saya mencadangkan agar anda mengambil langkah untuk berbincang dengan pihak atasan atau jabatan sumber manusia untuk menyelesaikan perkara ini dan meminta penjelasan serta tindakan yang sewajarnya diambil.
0