Sale kurang boss suruh buat kerja cuci container pulak walapun saya seorang barista
Hi min, saya seorang barista yang berpengalaman selama 6 tahun dalam industri. Bukan sahaja berpengalaman saya pun ada 2 sijil barista bertaraf international. Saya berhenti dari company lama dan mula mencari cafe local. Tapi saya dah demand gaji, tetap di bayar underpaid dan majikan manipulasi saya. Saya yang jaga kedai hari2 manager cuma datang kutip duit sale dan hantar barang meniaga saja. Dia akan stay kedai bila boss nak datang. Kaki kipas dan kuat mengadu dengan boss. Bila sale kurang disebabkan kurang orang di area sini. Saya diarahkan untuk cuci satu container dan macam2 kerja berat lagi tambahan lagi saya seorang perempuan sahaja staff disini. Ada saja yang tak kena di mata boss. Sedangkan boss takda pengalaman langsung dalam f&b hanya tau condem sahaja. Walaupun saya tahu benda tu salah saya iyakan sahaja sebab taknak isu jadi besar. Apa yang saya perlu buat min ?