N** N****** B**** M****'s avatar'
N** N****** B**** M****3 bulan yang lepasAbout Offer Letter

Majikan tidak mahu memberikan offer letter, butiran skop kerja, kadar gaji dan elaun.

Hi min, saya seorg fresh grad dan telah diterima bekerja di sebuah syarikat swasta tetapi tidak diberikan offer letter (hanya diarahkan utk melapor diri pd sekian tarikh), semasa iv majikan saya hanya memberitahu berkaitan range gaji saya shj (1.5K - 2K). Bila saya bertanya berkaitan elaun, kadar OT , cuti dan gaji yg ditawarkan majikan saya tidak mahu menjwb katanya saya perlu masuk bekerja terlbh dahulu. Berkaitan skop tugasan saya juga tidak sama seperti yg diiklankan. Saya juga diwajibkan utk melakukan 12 jam OT sehari dlm setiap minggu tanpa diberi tahu kadar OT. Majikan saya juga menyatakan saya perlu melakukan 4 jam OT utk 4 hari setiap minggu atas alasan kekurangan pekerja. OT ini adlh utk mmbntu rakan2 sekerja saya iaitu di luar bidang kerja saya. Semasa IV majikan saya juga ada bertanyakan adkh saya mempunyai kenderaan dan boleh bekerja luar tetapi bila saya bertanya berkaitan TNT dan claim majikan saya tidak mahu memberitahu. Justeru adakah wajar saya menerima tawaran ini?
0
Zulaikha Azira's avatar'
Zulaikha Azira3 bulan yang lepas
Tawaran kerja yang diberikan oleh majikan anda sepatutnya menyediakan maklumat yang jelas dan lengkap termasuk butiran skop kerja, kadar gaji, elaun, dan syarat-syarat pekerjaan lain. Majikan seharusnya memberikan offer letter yang mengandungi butiran-butiran tersebut sebelum anda mula bekerja. Selain itu, tawaran gaji yang diberikan sepatutnya mengikut standard pasaran dan tidak sepatutnya hanya memberitahu range gaji tanpa butiran yang jelas. Jika majikan memaksa anda untuk melakukan kerja lebih masa tanpa pembayaran yang munasabah atau butiran yang jelas, anda berhak untuk menolak tawaran tersebut. Anda juga berhak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tnt, claim, dan syarat-syarat lain sebelum menerima tawaran tersebut. Jika majikan tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan tidak memenuhi standard yang munasabah, anda boleh menolak tawaran tersebut dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.
1