Akaun 3 KWSP: Ini Maklumat Penting KWSP Akaun 3 Serta Syarat Pengeluaran KWSP
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Akaun 3 KWSP: Ini Maklumat Penting KWSP Akaun 3 Serta Syarat Pengeluaran KWSP

post by Ani

by Ani

Apr 24, 2024
pada 5:18 PM

Akaun 3 KWSP: Ini Maklumat Penting KWSP Akaun 3 Serta Syarat Pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penting dengan wujudnya akaun 3 KWSP yang akan membawa perubahan signifikan dalam struktur simpanan KWSP bermula 11 Mei 2024. Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan kitaran hidup para ahli.

Sebagai sebahagian daripada penstrukturan ini, simpanan ahli akan distruktur semula daripada dua akaun kepada tiga akaun, iaitu:

  • Akaun Persaraan (75%) untuk pendapatan semasa persaraan.
  • Akaun Sejahtera (15%) untuk keperluan kitaran hidup semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel (10%) untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Artikel Berkaitan: Apa Itu KWSP? Ini Perkara Penting Perlu Tahu Tentang KWSP

Apa Itu Akaun 3 KWSP?

Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel adalah tambahan akaun baru KWSP yang menyumbang 10% daripada jumlah simpanan ahli. Akaun 3 KWSP ini bertujuan untuk menangani keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP) boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertentu, tetapi KWSP menekankan agar pengeluaran dilakukan hanya untuk kecemasan dan keperluan mendesak sahaja.

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

  • Memastikan pendapatan persaraan yang mencukupi.
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang ahli.
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan dalam pekerjaan dan demografi.
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh mempengaruhi kesejahteraan semasa persaraan.

Artikel Berkaitan: "Rupanya Boleh Guna Simpanan Akaun II KWSP" - Ini Lagi 2 Kelebihan Lain Dan Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan KWSP

Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel):

  • Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, dengan amaun minimum RM50.
  • Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di cawangan KWSP.

Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel):

  • Warganegara atau bukan warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Pengeluaran minimum adalah RM50.

ATS Maukerja

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: