Cara Kira Gaji Per Jam, Per Hari Dan Per Bulan Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Cara Kira Gaji Per Jam, Per Hari Dan Per Bulan Pekerja

post by Ani

by Ani

Apr 23, 2024
pada 3:31 PM

Cara Kira Gaji Per Jam, Per Hari Dan Per Bulan Pekerja

Walaupun dah kerja lama, tapi masih ramai pekerja kita yang tak tahu macam mana cara kira gaji per jam, per hari dan per bulan.Gaji merupakan satu bentuk ganjaran yang diberikan kepada pekerja sebagai balasan atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada majikan. Bagi sesetengah pekerja, ia mungkin hanya sekadar angka, tetapi untuk kebanyakan individu, ia merupakan satu perkara yang penting dalam menentukan kestabilan kewangan dan taraf hidup. Oleh itu, penting bagi pekerja dan majikan untuk memahami bagaimana nak kira gaji dengan betul.

Apakah Yang Diberitahu Dalam Akta Kerja 1955 Mengenai Gaji Pekerja?

Akta Kerja 1955 Mengenai Gaji Pekerja

Menurut Akta Kerja 1955, upah atau gaji merujuk kepada sebarang bayaran yang diberikan kepada pekerja secara wang tunai. Ini termasuklah pembayaran gaji secara mingguan atau bulanan seperti yang diperjanjikan dalam kontrak perkhidmatan. Ia juga menetapkan bahawa pembayaran gaji hendaklah dilakukan tidak melebihi tempoh satu bulan, dan jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, pembayaran gaji tetap dianggap sebagai bayaran untuk satu bulan.

Seksyen 18 pula menyatakan bahawa majikan wajib membayar gaji kepada pekerja tidak lewat dari 7 hari selepas tamat tempoh gaji tersebut. Ini bermakna, gaji perlu dikreditkan ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan.

Artikel Berkaitan: Keliru gaji korang ni kecil ke besar? Ini Salary Guide korang patut tahu!

Jenis-Jenis Gaji Pekerja Yang Pekerja Wajib Tahu

Dalam proses pembayaran gaji, terdapat beberapa jenis gaji yang perlu diambil perhatian oleh majikan dan bahagian Sumber Manusia. Antara jenis-jenis gaji tersebut termasuklah gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih.

Jenis-Jenis Gaji Pekerja

Apa Itu Gaji Pokok?

  • Gaji Pokok: Gaji pokok ialah jumlah gaji bulanan yang pekerja terima tanpa tambah sebarang elaun dan potongan. Gaji pokok juga biasa dipanggil sebagai gaji basic.

Apa Itu Gaji Kasar?

  • Gaji Kasar: Merujuk kepada jumlah gaji asas ditambah dengan insentif atau elaun tanpa potongan wajib.

Apa Itu Gaji Bersih?

  • Gaji Bersih: Merupakan jumlah gaji asas ditambah dengan insentif atau elaun dengan potongan wajib yang telah ditetapkan seperti KWSP, PERKESO, dan SIP.

Artikel Berkaitan: Tak Sangka, 5 Kursus Degree Ni Offer Gaji Basic Tinggi! Gaji Masyuk Tu Dik

Cara Kira Gaji Pekerja Dengan Betul

Bagi menentukan jumlah gaji pekerja, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti. Sebagai contoh, apabila mengambil kira seorang pekerja seperti Rohani yang menerima gaji bulanan sebanyak RM2,000 ditambah dengan elaun pengangkutan sebanyak RM200, serta potongan KWSP sebanyak RM242, PERKESO sebanyak RM10.75, dan SIP sebanyak RM4.4, kita boleh menggunakan formula berikut:

  • Gaji Kasar = Gaji Asas + Elaun
  • Gaji Bersih = Gaji Pokok - Potongan Wajib

Maka, berdasarkan contoh di atas, jumlah gaji per jam dan per hari Rohani boleh dikira seperti berikut:

  • Rate Biasa Bayaran (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
  • Rate Bayaran Per Jam (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari

Dengan menggunakan nilai yang diberikan sebelum ini, pengiraan bagi Rohani adalah seperti berikut:

  • RM84.61 (ORP) = RM 2,200 (Jumlah Gaji Bulanan) / 26
  • RM10.57 (HRP) = RM84.61 (ORP) / 8 (Jam Bekerja Normal Sehari)

Dengan adanya formula gaji ini, pekerja dan majikan dapat dengan mudah mengira gaji pekerja berdasarkan gaji kasar yang diterima serta potongan wajib yang perlu dibuat. Ini akan membantu memastikan bahawa proses pembayaran gaji berlaku secara telus dan adil kepada semua pihak yang terlibat.


Drop Resume Maukerja

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: