Contoh Template Resume Kerja Kerajaan Terbaik Tahun 2024
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Contoh Template Resume Kerja Kerajaan Terbaik Tahun 2024

post by Ani

by Ani

Apr 21, 2024
pada 4:49 PM

Contoh Template Resume Kerja Kerajaan Terbaik Tahun 2024

Resume merupakan dokumen penting dalam proses permohonan kerja. Ia merupakan gambaran ringkas tentang pengalaman, pendidikan, kemahiran, dan pencapaian seseorang calon pekerja kalau nak mohon jawatan kosong. Bagi memaksimumkan peluang untuk diterima bekerja dalam sektor kerajaan, adalah penting untuk mempunyai resume kerja kerajaan yang teratur, informatif, dan menarik. Barulah dapat kerja.

Kenapa Template Resume Penting Dalam Mohon Jawatan Kosong?

template resume kerja kerajaan

Template resume adalah alat yang berguna untuk individu dalam menyusun resume mereka mengikut rangka yang betul. Ia menyediakan struktur yang jelas dan profesional untuk memastikan maklumat yang diperlukan disampaikan dengan teratur semasa anda nak mohon jawatan kosong. Di samping itu, template juga membantu menonjolkan kelebihan dan pengalaman calon pekerja.

pekerja kerajaan

Maklumat Peribadi

  • Nama Penuh: [Nama Anda]
  • Alamat: [Alamat Anda]
  • Nombor Telefon: [Nombor Telefon Anda]
  • E-mel: [Alamat E-mel Anda]
  • Tarikh Lahir: [Tarikh Lahir Anda]

Pendidikan

  • Tahap Pendidikan: [Contoh: Ijazah Sarjana Muda]
  • Bidang Pengajian: [Bidang Pengajian Anda]
  • Institusi: [Nama Institusi]
  • Tahun Kelayakan: [Tahun Anda Menerima Kelayakan]

Pengalaman Kerja

  • Jawatan: [Jawatan Anda]
  • Syarikat: [Nama Syarikat]
  • Tempoh: [Tarikh Mula - Tarikh Tamat]
  • Tugasan Utama: [Senaraikan Tugasan Utama Anda]

Kemahiran

  • Kemahiran Teknikal: [Contoh: Microsoft Office, Adobe Photoshop]
  • Kemahiran Komunikasi: [Contoh: Berbahasa Inggeris dengan Lancar]
  • Kemahiran Kepimpinan: [Contoh: Pengurusan Projek]

Pencapaian

  • Pengiktirafan atau Anugerah: [Contoh: Anugerah Pelajar Cemerlang]
  • Projek Penting yang Dikecapi: [Senaraikan Projek Penting Anda]

Rujukan

  • Nama: [Nama Rujukan Anda]
  • Jawatan: [Jawatan Rujukan Anda]
  • Institusi/Syarikat: [Nama Institusi/Syarikat Rujukan Anda]
  • Nombor Telefon: [Nombor Telefon Rujukan Anda]

format penulisan resume kerja kerajaan

  • Ringkas: Sentiasa pastikan resume kerja kerajaan anda ringkas dan padat. Majikan biasanya mempunyai masa yang terhad untuk meneliti setiap permohonan kerja.
  • Profesional: Gunakan bahasa formal dan gaya penulisan yang profesional. Hindari menggunakan slang atau ejaan yang tidak betul didalam resume.
  • Relevan: Fokuskan maklumat pada pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan kosong yang dipohon.
  • Mudah dibaca: Gunakan font yang jelas dan saiz yang sesuai didalam resume. Elakkan daripada menggunakan warna-warna yang terlalu mencolok.

Mempunyai resume yang baik adalah kunci untuk mendapatkan perhatian majikan dan meningkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan. Dengan menggunakan template resume yang betul dan contoh resume terbaik macam ni, anda boleh menonjolkan kelebihan dan kelayakan anda secara berkesan. Pastikan resume anda kemas, relevan, dan profesional bagi menarik perhatian majikan.


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: