Kisah Mokti's Ice Cream, Jenama Ice Cream Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu!
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Kisah Mokti's Ice Cream, Jenama Ice Cream Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu!

post by Ani

by Ani

Dec 26, 2023
pada 2:48 PM

Kisah Mokti's Ice Cream, Jenama Ice Cream Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Sapa yang tak kenal aiskrim Mokti’s? Aiskrim tempatan yang terkenal dengan keistimewaannya menggunakan 95% gula apong hasil daripada pokok nipah. Tapi, tahu tak korang yang perjalanan hidup pengasas Mokti's ice cream ni bermula dari sekadar rindu nak makan aiskrim? Hebatnya!

Pengasas aiskrim Mokti’s ni tak lain tak bukan ialah Siti Fatiham Adnan, seorang pelajar UiTM dari Perlis. Sebelum terlibat dalam dunia perniagaan aiskrim, beliau tinggal sebagai suri rumah di Bintulu, Sarawak.

Dalam masa di Sarawak, Fatimah terjumpa aiskrim gula apong yang hanya ada di negeri tu. Bila pulang ke kampung di Perlis pada 2014, dia craving gila nak makan aiskrim tu tapi tak jumpa pulak di Perlis.

mokti's ice cream

Tapi, craving tu jangan main-main, sampai buat Fatimah belajar buat sendiri aiskrim tu. Dia pun bukak kedai pertama, Q Aiskrim, kat Jejawi, Perlis. Dan percayalah, bukak kedai tu membawa seribu satu peluang untuk perniagaan Fatimah.

Tahun 2019, Fatimah decide nak bagi nama aiskrim dia sebagai Mokti’s Aiskrim. Mokti diambil sempena nama panggilan Mok Fatimah dari keluarga suaminya yang berasal dari Sarawak.

founder mokti ice cream.jpg

Sampai sekarang, Fatimah dah berjaya bukak berpuluh-puluh cawangan dan bebrapa kilang untuk membantu jenama Mokti’s. Yang paling terkini, dia dah bukak cawangan kat Istanbul. Mokti’s tak cuma sediakan aiskrim je, tapi ada juga gelato, kopi, dan macam-macam lagi manisan yang sedap.

Kisah Fatimah ni memang boleh jadi inspirasi untuk kita semua. Dari sekadar craving, sekarang aiskrim Mokti’s dah conquer Istanbul! Serius, kita boleh belajar banyak dari perjalanan hidup yang penuh inspirasi ni.


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan di syarikat-syarikat yang besar. Ada banyak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong di syarikat besar disini.