"Gaji Kerja Company Kecik Lagi Masyuk" - Majikan Ni Share Kenapa Gaji Pekerja Di Company Kecil Lagi Tinggi Berbanding Company Besar
# Trending Semasa # MauLuah

"Gaji Kerja Company Kecik Lagi Masyuk" - Majikan Ni Share Kenapa Gaji Pekerja Di Company Kecil Lagi Tinggi Berbanding Company Besar

post by Ani

by Ani

Nov 28, 2023
pada 6:10 PM

"Gaji Kerja Company Kecik Lagi Masyuk" - Majikan Ni Share Kenapa Gaji Pekerja Di Company Kecil Lagi Tinggi Berbanding Company Besar

Baru-baru ni ada seorang individu ada meluahkan pandangan beliau kepada admin Maukerja mengenai pendapat beliau tentang gaji kerja company kecik lagi masyuk berbanding gaji di company besar.

Sebagai pemilik syarikat kecil, beliau yakin bahawa gaji pekerja boleh diberikan dengan lebih baik berbanding syarikat besar. Ini disebabkan oleh kos operasi yang lebih rendah, membolehkan majikan sepertinya tawarkan gaji lagi tinggi kepada pekerjanya itu.

Luahan Majikan

Selain itu, beliau juga berkongsi bahawa di syarikat kecil, suasana pejabat tidak terlalu mewah, yang membolehkan beliau sebagai majikan sendiri memberikan gaji yang lebih tinggi kepada pekerjanya. Ini juga membuka peluang untuk memberikan penghargaan kepada pekerjanya yang berprestasi tinggi. Dalam suasana yang kurang formal, penghargaan dan kenaikan gaji dapat diberikan dengan lebih mudah, memotivasikan pekerja untuk terus memberikan yang terbaik.

Dengan komitmen dan tanggungjawab yang lebih kecil di syarikat kecil, beliau memberitahu bahawa beliau dapat memberikan tumpuan penuh kepada pekerjanya. Duit yang masuk dapat dialirkan langsung kepada pekerjanya yang membantu mengangkat syarikat kecilnya itu.