Kisah Pak Mat Western, Jenama Kambing Perap Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
# Trending Semasa # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Kisah Pak Mat Western, Jenama Kambing Perap Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

post by Ani

by Ani

Nov 19, 2023
pada 2:22 PM

Kisah Pak Mat Western, Jenama Kambing Perap Terkenal Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia kenal dengan jenama kambing perap popular iaitu Pak Mat Western. Mana tidaknya, gaya marketing daripada Pakmat Western sememangnya sukar untuk ditandingi.

Rata-rata pengguna di media sosial bukan sahaja memuji style marketing Pakmat Western yang sentiasa all out, malah mereka juga sering berteka-teki berapakah bajet yang jenama ini peruntukkan bagi pemasaran? Sudah tentu memakan jutaan ringgit kerana setiap iklan yang dihasilkan mempunyai jalan cerita yang unik serta menampilkan selebriti popular tanah air! Selain gaya marketingnya yang menarik, identiti sebenar pemilik jenama Pakmat Western juga sering menjadi tanda tanya serta topik hangat di kalangan warganet.

Identiti owner Pak Mat Western menjadi sebuah misteri di kalangan warganet. Sehinggakan, ada yang menganggap pemilik jenama popular ini adalah seorang perempuan! Ini juga disebabkan oleh marketing Pak Mat Western yang mantap. Dalam platform media sosial mereka, antara wajah yang sering tampil adalah seorang gadis muda yang petah di hadapan kamera.

Jika anda pergi ke laman web rasmi jenama ini sekalipun, anda takkan temui wajah pengasasnya. Malah, laman carian di internet juga sukar untuk beri jawapan ini. Jadi, siapa sebenarnya pemilik jenama terkenal ini? Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya Pak Mat Western ialah perniagaan adik-beradik. Nama Pak Mat pula diambil daripada nama bapa mereka yang asalnya merupakan tukang gunting rambut. Disebabkan oleh nama Pak Mat ini jugalah ada yang menganggap owner Pak Mat Western adalah seorang lelaki tua.

Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa adik-beradik yang mengasaskan jenama ini masih muda dan berusia dalam lingkungan usia 30an sahaja. Memang hebatlah penangan adik-beradik ini mengendalikan bisnes hingga mampu mencapai jualan jutaan ringgit!

Bisnes Pak Mat Western Bermula Dari Kedai Gunting Rambut

Siapa sangka sebenarnya bisnes daging perap yang bernilai jutaan ringgit ini sebenarnya bermula daripada kedai gunting rambut yang kecil sahaja?

Namun perniagaan si ayah telah bertukar kepada kedai makan setelah diambil alih oleh anak-anaknya. Pada tahun 2013, bisnes ini bermula secara kecil-kecilan daripada warung dengan 6 buah meja sahaja. Namun, hidangan western yang lazat dengan harga mampu milik yang Pak Mat Western tawarkan ternyata mampu menawan selera pelanggan di sekitar Bukit Minyak, Pulau Pinang pada ketika itu.

Keenakannya hidangan Pak Mat Western menjadi tular sehingga ada yang sanggup datang dari luar Pulau Pinang semata-mata untuk nikmati sajian Barat di warung tersebut. Atas sambutan yang menggalakkan, jenama Pak Mat Western mulai berkembang dengan membuka restoran di beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah dan Perak. Setiap cawangan mereka juga dikatakan wajib dikunjungi oleh sekurang-kurangnya 500 pelanggan setiap hari!

makanan pak mat western

Tak cukup dengan itu, premis makanan terbabit turut mempunyai express mart di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang. Langkah mereka untuk mencapai pelanggan menerusi jualan produk homemade sejuk beku juga menjadi petuah bagi jenama ini. Dengan ribuan ejen si serata negara, Pak Mat Western kini menjadi jenama daging perap nombor satu di Malaysia.

Kini Pak Mat Western yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang ini telah dikenali seantero Malaysia dek kerana marketing yang cukup mantap. Ramai yang turut memuji kualiti serta keenakan produk Pak Mat Western yang dijamin segar, lazat dan mampu dinikmati dengan harga yang berpatutan.