Jenis & Jumlah Cuti Yang Wajib Setiap Pekerja Tahu
# Pengetahuan Pekerja

Jenis & Jumlah Cuti Yang Wajib Setiap Pekerja Tahu

post by Ani

by Ani

Oct 15, 2023
pada 9:26 AM

Jenis & Jumlah Cuti Yang Wajib Setiap Pekerja Tahu

Cuti adalah sebahagian penting dalam setiap tempat kerja. Cuti membolehkan pekerja mendapatkan rehat. Bagi sesetengah pekerja, cuti mungkin merupakan masa untuk bercuti bersama keluarga. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis cuti yang perlu anda ketahui. Mari kita terokai jenis dan jumlah cuti yang korang wajib tahu:

cuti

1. Cuti Tahunan Berbayar:

  • 8 hari setahun: Untuk pekerja yang telah berkhidmat kurang dari 2 tahun.
  • 12 hari setahun: Bagi mereka yang telah berkhidmat selama 2 hingga 5 tahun.
  • 16 hari setahun: Untuk pekerja yang telah berkhidmat selama lebih dari 5 tahun.

Cuti tahunan berbayar adalah cuti yang boleh digunakan oleh pekerja untuk bercuti atau berehat. Jumlah cuti tahunan yang diberikan bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan bergantung kepada majikan anda juga.

BACA JUGA: 

2. Cuti Sakit Berbayar:

  • 14 hari setahun: Untuk pekerja yang telah berkhidmat kurang dari 2 tahun.
  • 18 hari setahun: Bagi mereka yang telah berkhidmat selama 2 hingga 5 tahun.
  • 22 hari setahun: Untuk pekerja yang telah berkhidmat selama lebih dari 5 tahun.

Cuti sakit berbayar adalah penting kerana membolehkan pekerja untuk mendapatkan rawatan ketika mereka sakit. Jumlah cuti ini juga bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan bergantung kepada majikan anda juga.

3. Cuti Hospitalisation Berbayar:

60 hari setahun (berasingan dengan MC).

Cuti hospitalisasi berbayar adalah cuti khas yang dibenarkan untuk pesakit yang perlu dirawat di hospital. Ia berfungsi sebagai sokongan tambahan kepada cuti sakit biasa.

4. Cuti Maternity Berbayar:

98 hari untuk ibu baru yang bersalin.

Cuti bersalin adalah hak istimewa yang diberikan kepada ibu yang baru melahirkan. Ini memberi mereka masa yang diperlukan untuk pulih dan menjaga anak mereka.

5. Cuti Paternity Berbayar:

7 hari secara terus tanpa henti, termasuk Sabtu dan Ahad, untuk bapa.

Cuti paternity memberikan peluang kepada bapa untuk memberikan sokongan kepada pasangan mereka dan melibatkan diri dalam penjagaan anak yang baru lahir.

Ini adalah beberapa jenis cuti yang penting yang perlu anda ketahui apabila berkerja di Malaysia. Tapi anda kena ingat yang setiap syarikat lain polisi so berbeza sikitlah jumlah harinya. Banyak syarikat bagi lebih dari yang sepatutnya. Tapi adakah majikan anda sekarang tengah bayar setimpal dengan workload? Apa kata check dulu market rate disini: https://bit.ly/3tnrUxf

ATS