Siapa Yang Cipta Weekend 2 Hari Je? Tak Adil Langsung!
# Pengetahuan Pekerja

Siapa Yang Cipta Weekend 2 Hari Je? Tak Adil Langsung!

post by MJ

by MJ

Apr 12, 2023
pada 5:08 PM

Menjelang hari Isnin je mesti mengeluh nak masuk kerja balik. Kenapa lah cuti weekend 2 hari je? Kalau bahagi sama rata pun boleh terima lagi. Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerja 5 hari tapi cuti 2 hari je?

Min ada jawapannya. 

Sebenarnya ada banyak sejarah dan pelbagai kisah tentang cuti dua hari ni, antaranya:

Revolusi Perindustrian

Sebelum abad ke 19, kebanyakan orang bekerja selama enam/tujuh hari dalam seminggu tanpa mempunyai cuti yang tetap. Dek kerana kemajuan industri dan ekonomi pada zaman tersebut, mereka terpaksa bekerja lebih keras sehingga adanya kesedaran yang mereka sebenarnya memerlukan rehat untuk lebih produktif.

Jadi, kebanyakan kilang memperkenalkan konsep cuti hujung minggu pada akhir abad ke 19 supaya mereka dapat berehat bersama keluarga dan pada masa yang sama dapat “promote benefit” untuk menarik lebih banyak pekerja.

Faktor Agama

Dulu pengusaha kilang bagi cuti kepada pekerja diorang bersempena dengan hari “Sabbath” iaitu hari khas untuk orang Yahudi beristirehat dari pekerjaan dan beribadah kepada tuhan mereka. Ianya bermula dari senja Jumaat sehingga senja Sabtu.

Untuk orang beragama Kristian pula, hari Ahad dianggap sebagai hari perayaan kebangkitan “Jesus”. Jadi, hari Ahad pun dikira hari cuti untuk memberi peluang kepada diorang ni untuk hadir ke gereja.

Sebab tu lah ada negeri di Malaysia macam Kelantan, Terengganu, Johor, dan Kedah mengambil cuti hari Jumaat supaya senang kita nak solat Jumaat.

Kereta Ford

Ada juga yang mengatakan Henry Ford, pengasas syarikat Ford Motor ialah antara orang yang berpengaruh dalam kewujudan 2 hari cuti hujung minggu ni. Ford merupakan satu jenama yang mampu milik dalam golongan penduduk sederhana Amerika diawal pengeluarannya dahulu. Jadi kebanyakan orang memang ada kereta ni termasuklah staff mereka sendiri.

Kemudiannya dia berfikir “bila masa orang nak guna produk mereka kalau diorang hari - hari kerja?” Oleh itu, terjadilah cuti dua hari supaya mereka boleh menggunakan kereta tersebut lantas menghasilkan lebih banyak demand terhadap produk.

Menarik bukan?

Begitulah yang dikatakan sejarah asal cuti hujung minggu yang kemudian berkembang menjadi satu tradisi yang diamalkan di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Okay lah tu, dapat lah jugak kita berehat santai dan selesaikan apa yang patut, daripada tak cuti langsung?

Masa cuti tu bolehlah tengok - tengok kerja baru dekat Telegram kami. Hari - hari kita update kerja kosong dalam ni, semua ada:

Karnival Kerjaya - [KLIK DISINI]

Kerja Kosong F&B dan Retail - [KLIK DISINI]

Internship/Latihan Industri - [KLIK DISINI]