Cara Pengiraan Caruman SOCSO dan Caruman EPF
# Pengetahuan Pekerja

Cara Pengiraan Caruman SOCSO dan Caruman EPF

post by Aisya

by Aisya

Mar 9, 2023
pada 2:42 PM

Perasan tak dalam penyata gaji ada ditulis jumlah amount ditolak untuk KWSP atau nama lainnya EPF yang bermaksud (Employees Provident Fund)? Apa benda EPF ni? Bagaimana mereka kira jumlah yang perlu ditolak daripada gaji? Ini semua akan diperjelaskan dalam artikel. Disini akan menceritakan macam mana cara pengiraan caruman SOCSO dan caruman EPF.

Sebelum itu apa itu EPF? EPF adalah pelan caruman serta pelan pencen agar kebajikan pekerja terjaga. Sejumlah wang akan dicarumkan kepada EPF berdasarkan gaji bulanan seorang pekerja. Jumlah wang itu akan berjalan secara bulanan kedalam akaun pekerja itu sendiri. Ianya memerlukan pekerja serta majikan untuk memberi bahagian tersendiri dan jumlah wang antara pekerja serta majikan adalah berbeza. Jumlah wang yang dicarum adalah berdasarkan gaji pekerja. Dibawah adalah contoh slip gaji yang tertera jumlah KWSP serta SOCSO. 

Cara Pengiraan Potongan KWSP

Pengiraan EPF dan SOCSO adalah mengikut jadual yang telah dibekalkan oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PERKESO. Ianya mengikut tangga gaji pekerja sendiri dan sebab itu lah jika kira menggunakan kalkulator secara rawak, jumlah yang tertera tidak akan sama. Korang boleh rujuk pada Jadual EPF dan Jadual Caruman SOCSO yang telah tersedia di bawah. 
Tapi untuk nak kira berapa jumlah 11% tu tidak boleh dikira secara rawak, perlu rujuk Jadual EPF seperti di bawah:

 

 

 

Jadual EPF ini jelas menunjukkan kadar caruman dari pihak pekerja serta majikan. Jadi bagi korang semua boleh lah rujuk jadual ini untuk mengetahui dengan lebih tepat berapa jumlah caruman gaji korang. Jangan lupa untuk sentiasa semak dalam akaun kerana mana lah tahu ada bulan yang majikan lupa untuk masukkan ke kan? Dalam slip gaji tertera caruman majikan tapi dalam akaun rupanya tiada. Itu pun boleh terjadi juga. Tak lupa juga kalau korang nak lebih senang cari kerja korang boleh terus Drop Resume Disini. Korang bayangkan korang upload resume dan semua resume itu akan dihantar terus kepada majikan yang berminat.Jom Drop Resume Disni. Biar Kerja Cari Kita. 

Cara Pengiraan Caruman SOCSO

Cara menghitung caruman SOCSO pada dasarnya melibatkan dua faktor utama, iaitu dari gaji bulanan pekerja dan kadar caruman yang ditetapkan oleh SOCSO. Pekerja dan majikan harus mengira jumlah gaji bulanan pekerja dan kalikan dengan kadar caruman yang telah ditetapkan. Kadar caruman SOCSO tergantung pada beberapa faktor, seperti jenis pekerjaan dan usia pekerja. Setelah menghitung jumlah caruman yang diperlukan, pekerja dan majikan harus membayarnya ke SOCSO secara bulanan. Dibawah adalah jadual lebih terperinci untuk menghitung caruman SOCSO.

Jadi diharapkan dengan perkongsian jadual ini boleh sedikit sebanyak membantu korang dalam menyelesaikan kebuntuan bagaimana mahu mengira. Jika mahukan lebih kepastian boleh rujuk sini dan jika anda mahu menyemak dengan kadar lain dan jika keliru atau sebagainya boleh semak di sini. Artikel ini mendapatkan sumber sahih iaitu KWSP.